Friday, March 30, 2012

JUS MENGKUDU

Jus Mengkudu No.1
Waheed
.
http://4.bp.blogspot.com/-iTAUaOrp6n8/Tq_wmuHIkHI/AAAAAAAAAn0/NhgIq_YmuYs/s400/mengkudu-rizi.jpg
RM 36.00 
(Harga Sebenar : RM 42.90)
.
Pokok mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau di makan sebagai ulam. Buahnya sekali-kali digunakan sebagai makanan selepas bersalin, seringkali si pemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperamkan di atas garam atau di dalam beras yang bila sudah masak ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai “buah rojak”, dimakan bersama kuah rojak atau dicampurkan dengan buah-buah lain sebagai rojak.
Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu penduduk kepulauan tersebut telah menggunakannya sebagai bahan ubat untuk berbagai penyakit, kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu mereka mengelarkannya berbagai gelaran seperti “Pain Killer Plant”, “Headache Tree”, “Cheesefruit”.
Buah Mengkudu atau nama saintificnya Morinda Citrifolia. Di Kepulauan Hawai digelar Noni. Buah Mengkudu telah dicatat dalam manuskrip purba sebagai satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Pokok Mengkudu boleh ditemui di Asia Tenggara (cth Malaysia, Indonesia, Thailand, Burma), Australia, New Zealand, India, Carribean, Hawai dan Tahiti
.
Kehebatan Buah Mengkudu
Secara tradisi penduduk di kepulauan Carribien menggunakannya sebagai ubat untuk segala penyakit, kesan rawatan ini disahkan dengan penemuan oleh beberapa ahli sains diantaranya ialah Dr Ralph Hainicke (kajian selama 45 tahun) menunjukkan didalam mengkudu banyak terdapat zat pencetus Xeronine dan beliau menamakannya Pro-Xeronine, terdapat juga enzim disebit pro-enzyme yang membantu Pro-Xeronine membentuk Xeronine. Zat Xeronine ini sangat penting kepada kesihatan badan kerana ianya berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai awet muda. Dr. Heinicke membuat komentar ” Some of the problems which drinking noni juice might favourably affect are: high blood pressure, menstural cramp, arthitis, gastric ulcer, sprain, injuries, artherosclerosis, blood vassel problems, drug addiction, relief of pain and many other”. Sudah begitu banyak bukti saintifik dan ditambah dengan sokongan tradisi, semestinya kita mengambil kesempatan mengeluarkan produk tempatan.
.
Kajian Saintifik
1. Kajian selidik oleh Ms. Hirazumi dan kumpulannya dari University of Hawai pada tikus ( C57 B1/6 Mice). Satu kumpulan tikus ini disuntik dengan Lewis Lung Carainoma Cells (LLC) dan tidak dirawat dengan jus mengkudu. Satu kumpulan lagi dirawat dengan jus mengkudu. Kumpulan pertama tikus-tikus ini mati dalam masa 9-12 hari sahaja. Sementara kumpulan kedua dapat bertahan sehingga 105-123% dan 9 dari 22 ekor tikus ini bertahan sehingga 50 hari. Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan pati jus mengkudu dapat secara tidak langsung meningkatkan sistem ketahanan tubuh (immune system) termasuk macrophages dan lymphoctyes. – (A. Hirazumi. E. Furrasawa, S.C.Vhou & Y.Hokama Proc. West pharmacol, SOC:37; 145-146 (1994))
2. Kajian oleh T.Hiramatsu dan kumpulannya menggunakan 96 lempeng Ras Cell yang diingkubasikan dengan 33°C selama 24 jam dengan dimasukkan jus mengkudu. Morpologi cell diteliti setiap hari selama 5 hari. Didapati Fungsi Ras terganggu bila dimasukkan ekstrak jus mengkudu bila dibandingkan dengan 500 test ekstrak jus mengkudu bila dibandingkan dengan 500 test ekstrak yang lain. – (T.Harimatsu, M.Imoto, T.Koyano, K.Umezawa, Cancer Letters 73 (1993) 161-166)
.
Anjuran cara guna :
* 2 camca besar 1/2 jam sebelum sarapan pagi. Tambah atau kurangkan ikut keperluan.
* Goncang sebelum digunakan.
* Simpan dalam peti sejuk setelah mula digunakan.
.
Kelebihan Jus Mengkudu
Di Carribean digunakan untuk merawat kanser, kulit, senggugut dan sebagai pain killer, untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai guna. Di Asia Tenggara digunakan untuk sakit tekak, penyakit mulut dan gusi. Di Filipina digunakan untuk membersihkan usus untuk menghindari perut dari parasit. Di Indonesia digunakan untuk mengubati gangguan semasa kencing, diabetis, batuk senggugut dan pendarahan.
Meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthitis, ulcer, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi kencing, salah urat, gout, antioxidant, mengurangkan tekanan (stress), kurang tenaga, lemah tenaga batin, serabut fikiran, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit & kulat serta melicinkan kulit.

No comments:

Post a Comment